setiap orang inginkan mindanya cerdas dan ingat pada apa yang telah dilalui sebelumnya khususnya kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan besar...pelajar perlu bijak dalam menjawab peperiksaan besar seperti 'Final Exam', SPM, PMR, UPSR dan sebagainya...berikut adalah tips bagi meningkatkan minda mereka ke atas apa yang telah dipelajari di kelas :

  1. Faham. Fahamilah apa yang dipelajari secara teliti dan lengkap, jika tidak paham, tanyalah pensyarah dan cikgu serta kawan.
2. Bahagikan masa belajar. kena bijak urus masa seperti ulang kaji, bermain, meluangkan masa dengan kawan, tengok tv dan sebagainya. Jika pengurusan masa teratur, ia akan atau boleh memberikan banyak masa terluang kepada mereka sebenarnya. tak ade lah nanti tekejar-kejar buat assignment la, nk study la. :)

3. Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat. Setiap apa yang dibaca dan dilafazkan dengan kuat lebih banyak membantu pelajar. Mengikut kajian, peratusan bercakap dengan nada yang kuat semasa sedang mengulangkaji adalah lebih tinggi daripada membaca dengan mendiamkan diri sahaja. ini dapat membantu pelajar melihat, membaca, dan mendengar apa yang dipelajari.

4. Percaya pada diri sendiri. Believe in whatever you do!! motivate in yourself that you can do it... klau orang lain boleh atau mampu buat, kita juga boleh lakukannnya. ..

5. Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu. Ini lebih dapat membantu para pelajar kerana setiap singkatan perkataan yang kita sendiri cipta lebih mudah untuk kita ingat!!

6. Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur. Apabila berbuat demikian, ini akan membuatkan minda kita sentiasa ingat apa yang kita dah belajar...kerana sebelum tidur, kita akan teringat-ingat apa yang telah di baca..

7. Berdoa, selalu berusaha dan bertawakkal kepada-Nya. Sebagai seorang hamba-Nya, perlulah bagi kita untuk berdoa apa yang kita mahukan...sesungguhnya, Dia Maha Berkuasa Lagi Maha Bijaksana.

8. Elakkan dari memakan makanan masam, minum air bikarbonat dan bersemut. Asid yang tinggi boleh menyebabkan daya ingatan kita menjadi lemah.

****************************** ALL THE BEST ******************************

0 comments:

 

****KEHIDUPAN**** Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal