saya suka tengok vidoe klip ni...mula-mula pelukis melakar bentuk hati, kemudian melakar bentuk manusia iaitu adam dan hawa...di satu pertemuan inilah yang menimbulkan bibit-bibit cinta antara mereka...pada mulanya, adam memberi bunga kepada hawa...kemudian mereka menari...bunga mawar pula melambangkan percintaan dan saat-saat romantis mereka...bagai merpati dua sejoli...soo sweettt...!! ;)

apa yang ditekankan di sini adalah mengenai sebuah perhubungan yang menjanjikan kebahagiaan...setiap pertemuan yang diaturkan Allah S.W.T adalah satu kenangan manis yang tak dapat dilupakan oleh setiap manusia...manusia perlulah menjaga perhubungan silaturrahim dengan baik agar boleh hidup aman dan bahagia selamanya...dan kepada sang kekasih yang beragama Islam, anda diwajibkan menjaga batas-batas pergaulan supaya dapat elak dari zina...

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Nur yang bermaksud, Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. [ayat 24:02]....

berkawan biar beribu, berkasih biar satu...tidak salah berkasih, cukuplah memadai jika sang kekasih mengamalkan amar makruf dan nahi mungkar...renung-renungkan dan selamat beramal :)
malam ini program Skor A menjemput anda dan rakan-rakan bersama-sama berkongsi rahsia pelajar cemerlang dengan kaedah pembelajaran terkini...

pada malam ini jam 8.45 malam di RESTORAN ARSHAD, TINGKAT 1, JLN GENUANG,85000, SEGAMAT, JOHOR... kedatangan anda semua adalah amat2 dialukan :

Sempena Hari Kekasih bulan lepas, ada peristiwa manis dan pahit yang telah berlaku. ada yang dapat hadiah dari kekasih, bergaduh, putus cinta, isu kecurangan, macam-macam kes yang timbul. Perkara-perkara inilah yang menyebabkan ada segelintir kekasih yang kurang kasih sayang daripada kekasihnya sendiri.

Di sini, saya telah membuat pilihan untuk memilih lagu BUTAKAH CINTA nyanyian kumpulan Spring. Lagu ini mengisahkan tetang seorang lelaki yang dipermainkan kekasihnya sendiri setelah sekian lama dia menantikan kasih sayang dan belas dari kekasihnya..Telah banyak lelaki itu korbankan demi cinta dan kasih sayang dia pada perempuan tu..

Kekasih dia permainkan perasaan dia, bila lelaki tu perlukan dia,perempuan tu hilang pergi entah ke mana...tapi bila perempuan tu datang je kat lelaki sebenarnya lelaki tu tengah mengalami perasaan kecewa dan hampa...walau apa pun yang kekasih dia buat, dia tetap juga terima perempuan tu dan merindunya...sayang punya pasal la kannn.... :)

kesian jugak kat lelaki tu sebab percintaan bertepuk sebelah tangan...laki tu teringin nak meluangkan masa bersama kekasih, merasai kasih sayang curahan kekasih, tapi si kekasih ni buat macam tak layan je...haih...macam-macam kerenah manusia ni...penantian lelaki ni hanya sia-sia je...kurang kasih sayang dari kekasih sendiri...sadis-sadis :(

kepada semua, hargailah orang yang menyayangi dan mengasihi anda selagi mereka masih hidup. Walaupun tak suka, kene jugak bagi suka dan terima seadanya...kerana setiap perbuatan pasti ada balasan yang setimpal...


Spring

Butakah Cinta

Berapa lamakah lagi
Terpaksa aku menanti
Sehingga pedihnya penyiksaan di hati

Bukan hanya kepentingan
Malahan keegoan telah ku korbankan
Berlimpahan kasih sayang... aku curahkan
Buat mu seorang...

Kiranya semua itu
Tak bermadai bagi mu
Apa sebenarnya yang kau mahu
Ku tak tahu...

Kau hilang bila ku tiba
Kau datang bila ku kecewa...
Terasa diri...di persenda...
Dimana berakhirnya nanti
Permainan sandiwara mu ini...
Sesungguhnya aku... tak mengerti...

Jika benar cinta itu buta...
Butakah mata ku...
Berkali terluka masih jua... ku merindu...
Apa yang ku inginkan...
Cuma kejujuran dalam perhubungan...

Jika itu tiada...
Apalah ertinya...
Penantian ini hanya sia-sia...( 2X )


setstats

 

****KEHIDUPAN**** Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal