assalamualaikum dan selamat pagi!! rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua peganut agama Buddha...smoga tahun harimau menjadi mercu tanda kebahagiaan dan kemewahan kepada anda!


Kebetulan pula Tahun Baru Cina jatuh pada tarikh yang sama dengan tarikh kepada pasangan muda-mudi kini yang menyambut Hari Kekasih atau dalam bahasa Inggeris disebut Valentine Day. Apakah yang menarik minat mereka untuk menyambut Hari Kekasih ini?adakah perlu menhargai pasangan pada setiap tanggal 14 Februari sahaja?Apa istimewanya dengan tarikh ini sehinggakan ada yang menyambutnya dengan membuat maksiat?tidakkah ade bagi mereka tarikh dan hari-hari lain untuk menghargai pasangan?


Dari sudut bahasa, Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud; kuat, aktif, dan sihat serta sewaktu dengannya.

Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan tersebut dengan dinamakan hari Valentine.


Ada pendapat pula menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Feb

ruari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.


Jika kita lihat pula daripada sejarah negara di Singapura, tarikh 14 Februari ini boleh dikatakan satu tarikh yang menyedihkan. Pada tarikh itulah iaitu dalam tahun 1942, berlakunya pertempuran di Bukit Chandu,Singapura yang menyaksikan gugurnya wira negara iaitu sepasukan Askar Melayu di bawah pimpinan Allahyarham Leftenan Adnan Saidi di tangan tentera Jepun.


Muda-mudi kini lebih berseronok memikirkan dunia mereka sahaja. Pantang ditegur oleh masyarakat sekeliling, pasti mereka memaki hamun masyarakat. Bagi mereka, apa yang mereka lakukan itu adalah betul dan tidak mengganggu mana-mana pihak. Ada juga muda-mudi yang menyambut Hari Kekasih ini dengan meminnum arak, pergi 'clubbing', dan ada juga yang bersetubuh. Na'uzubillah...Bila dah jatuh ditimpa tangga, baru lah nak menyesal dan tidak m

engaku kesalahan dan dosa-dosa yang telah dilakukan. timbul pula kisah buang anak, bunuh anak, bunuh kekasih, ugut, dan sebagainya. tidakkah mereka sedar akan dosa-dosa yang mereka lakukan?Tidakkah mereka rasa bersalah terhadap ibubapa yang telah melahirkan dan membesarkan mereka menantang mereka bagai minyak yang penuh?hanya dengan ke

seronokan sementara itulah mampu meninggalkan titik hitam kepada mereka yang pernah melakukannya dan apa yang hendak disesalkan tiada gunanya lagi kerana semua hal telah berlaku dan tidak akan berulang kembali.


Sambutan Hari Kekasih banyak mendatangkan keburukan kepada kita semua sebagai penganut Agama Islam. Bagi sesetangah individu, mereka tidak nampak kesannya dari segi fizikal, tetapi kesannya datang dari aspek mental. jika kita lalai dan leka, maka kita akan hanyut dalam dunia yang fana ini. Apabila mental bercelaru, kita tidak dapat memikirkan dan membezakan mane yang baik dan buruk. Apa yang penting, kita semua haruslah mengkaji terlebih dahulu apa jua sambutan yang dianjurkan oleh orang bukan Islam agar kita dapat tahu maksud sebenar disebalik sambutan itu. Kita perlulah berpegang pada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah, mendirikan solat lima waktu serta menjaga batasan pergaulan dengan bukan muhrim bagi mengelakkan perkara-perkara yang melalaikan dan menjerumus kepada dosa.


Tidak salah menghargai pasangan anda. Lebih elok jika menghargai pasangan setiap hari dan pada hari-hari lain dengan cara yang besederhana. Kita janganlah terlalu taksub dengan tarikh 14 Februari ini kerana ia boleh menimbulkan syak wasangka dari penganut agama lain terhadap Islam, menggalakkan maksiat serta mengagung-agungkan paderi Kristian. Jika hendak menyambutnya juga, cukuplah memadai dengan keluar makan dan mengajak pasangan anda untuk solat berjemaah di masjid, kan lebih elok itu. Pendek kata, Hari Kekasih adalah sambutan yang tidak mengira hari untuk disambut oleh setiap pasangan yang berkasih...Renung-renungkan dan selamat beramaL!!ilaliqaq...salam (^_^)

 

****KEHIDUPAN**** Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal