hari sabtu dan ahad baru ni ( 20 & 21 Mac 2010), saya dan rakan2 kelas telah menyertai program homestay yang diadakan di Sabak Bernam, Selangor...nama homestay yang kami duduk tu ialah Dorani Homestay, kelilingnya sawah padi....Subhanallah, cantik... :)
bertolak dari segamat dalam jam 8 pagi dan tiba di Sabak Bernam tu jam 2 petang...sampai je di sana, kami disambut dan makan petang bersama orang kuat homestay...lepas makan, kami tengok cara2 nak dapatkan beras daripada padi yang barui dituai...ada sorang pakcik ni dia tunjukkan kami cara2 menumbuk padi menggunakan alat macam lesung batu...dah habis tu, kami mencanting batik...hahaha...pengalaman paling best dan first time buat tu.... :)
petang ckit, aktiviti menggagau ikan pulak...ada jugak makan2 cikit...da sudah dari tu, lepas solat maghrib, makan nasi ambeng beramai2 beralaskan daun pisang dan menggunakn dulang...xhabis la makan nasi ambeng, banyak sangat....huhu
dalam jam 9 malam, aktiviti berjalan keliling sawah menggunakan obor...saya adalah group first yang berjalan di sekitar sawah... perjalanan dalam 1.5 KM dan obor kami asik terpadam je...bila da nak sampai ke destinasi penamat, obor boleh pulak nak marak je...sabar je laa...
jam 10.30 malam, persembahan kuda kepang diadakan oleh penari di Dorani homestay...saya ingatkan persembahan kuda kepang yang dibuat tu hanyalah persembahan kosong semata-mata je...tapi da nak akhir persembahan, diaorang main secara tak sedar...pelajar2 perempuan lari je sebab takut kena 'kacau' dengan diaorang...termasuklah saya...huhu
pape pun, keluarga angkat kami memang best, peramah, dan memahami kami...hehe...mak angkat siap sediakan inai lagi swoh pakai...dia kata adat kat rumah tu bila ada orang baru je, mesti kena pakai inai...hehe....
esoknya, melawat kilang kerepek dan nata de coco...lalala....ada jugak la beli kerepek cikit...naik je bas, terus tido...huhu...program homestay ni memang best laa... :)

0 comments:

 

****KEHIDUPAN**** Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal