setiap orang inginkan mindanya cerdas dan ingat pada apa yang telah dilalui sebelumnya khususnya kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan besar...pelajar perlu bijak dalam menjawab peperiksaan besar seperti 'Final Exam', SPM, PMR, UPSR dan sebagainya...berikut adalah tips bagi meningkatkan minda mereka ke atas apa yang telah dipelajari di kelas :

  1. Faham. Fahamilah apa yang dipelajari secara teliti dan lengkap, jika tidak paham, tanyalah pensyarah dan cikgu serta kawan.
2. Bahagikan masa belajar. kena bijak urus masa seperti ulang kaji, bermain, meluangkan masa dengan kawan, tengok tv dan sebagainya. Jika pengurusan masa teratur, ia akan atau boleh memberikan banyak masa terluang kepada mereka sebenarnya. tak ade lah nanti tekejar-kejar buat assignment la, nk study la. :)

3. Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat. Setiap apa yang dibaca dan dilafazkan dengan kuat lebih banyak membantu pelajar. Mengikut kajian, peratusan bercakap dengan nada yang kuat semasa sedang mengulangkaji adalah lebih tinggi daripada membaca dengan mendiamkan diri sahaja. ini dapat membantu pelajar melihat, membaca, dan mendengar apa yang dipelajari.

4. Percaya pada diri sendiri. Believe in whatever you do!! motivate in yourself that you can do it... klau orang lain boleh atau mampu buat, kita juga boleh lakukannnya. ..

5. Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu. Ini lebih dapat membantu para pelajar kerana setiap singkatan perkataan yang kita sendiri cipta lebih mudah untuk kita ingat!!

6. Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur. Apabila berbuat demikian, ini akan membuatkan minda kita sentiasa ingat apa yang kita dah belajar...kerana sebelum tidur, kita akan teringat-ingat apa yang telah di baca..

7. Berdoa, selalu berusaha dan bertawakkal kepada-Nya. Sebagai seorang hamba-Nya, perlulah bagi kita untuk berdoa apa yang kita mahukan...sesungguhnya, Dia Maha Berkuasa Lagi Maha Bijaksana.

8. Elakkan dari memakan makanan masam, minum air bikarbonat dan bersemut. Asid yang tinggi boleh menyebabkan daya ingatan kita menjadi lemah.

****************************** ALL THE BEST ******************************

alhamdulillah kenyang makan megi ngan ayam goreng...housemates semua keluar ada yang pegi wat assignment n ada yang outing...saya pun apalagi, buat hal sendiri laa...masak, pasang mp3 kuat-kuat, online, macam-macam lagi la...

agak bosan gak duduk umah sorang-sorang neyh...tapi apa boleh buat, duduk jauh dengan family kena la belajar berdikari kan...hehe...itu yang untungnya duduk jauh dengan family sebab boleh belajar berdiri di atas kaki sendiri, sentiasa berusaha selagi terdaya, dan sentiasa membibitkan rasa sayang dan rindu pada family...hehe

tadi ada member yang praktikal this sem text saya...diaorang nak datang sini esok...sebab hari khamis dorang kena jadi respondents untuk apa tah...dorang akan bermalam di rumah sewa saya, jadi tak ada lah saya rasa bosan sangat...ada jugak lah member untuk saya nak bersembang...boleh jugak nak kongsi-kongsi info and exchange our ideas about life and education right...?lalala...alhamdulillah :)



petang tadi cadang nak buat assignment, tapi TERtido pulak...kalau TERtido sekejap tak pe la boleh diterima...ni TERtido DUA jam!!! jam pun tak setting al maklumlah TERtido kan...huhu...sesuatu yang amat merugikan...ni mesti sebab kes tak cukup tido selama dua tiga hari neyh...tapi nasib baik tak TERtido dalam kelas...lagi la bertambah rugi kan...hihi

ni nak kena arrange balik masa...kena buat apa yang penting dahulu, dan disusuli dengan perkara yang kurang penting...kepada kawan-kawan semua, hargailah masa anda dengan baik... :)
dinner marketeer malam tadi agak seronok jugak...exco-exco yang terlibat pun memberikan perkhidmatan yang bagus dan memuaskan...pensyarah yang hadir pada malam itu adalah ketua program marketing Puan Wan Haslin, penasihat En Nizamuddin, cik Mazida, Puan Noreen Nor, Mr Muruga, dan pensyarah lain...terima kasih

kenyang dapat makan nasi briyani dan sate malam tadi...alhamdulillah...tapi kesian pada exco sebab kena makan selepas majlis tamat...

semalam live band dari pelajar part 4 n 5 juga dapat menghiburkan hati tetamu yang datang... penyampaian sijil juga diadakan kepada pelajar yang mendapat anugerah dekan dan sambutan pelajar-pelajar senior part 5...sebiji kek telah menjadi bukti kepada mereka atas tanda meraikan senior yang bakal membuat praktikal pertengahan tahun ini...

pelbagai acara juga diadakan seperti game "menyanyi sengau", "mencari yang ganjil", cabutan bertuah, dan banyak lagi...dewan bertambah meriah apabila para pelajar asik mengambil gambar...ada juga yang menjerit dan melatah apabila terkejut dengan belon yang meletop...hahaa...

acara tamat pada jam 11.30 malam...



kepada semua pelajar UiTM Segamat B.B.A Marketing, malam ini akan diadakan Majlis Makan Malam bagi sesi tahun 2009/2010...dijemput kepada semua ahli marketeers segamat yang telah membayar yuran sahaja...keh3x...mesti ramai member-member kita yang pakai pakaian yang hebat-hebat mengalahkan artis...hehe...malam ini penentu segalanya.... (^_^)


Tempat : Dewan Sri Peria UiTM Johor
Tarikh : 15 Mac 2010
Masa : 8:30 malam

Tema : Hitam dan Merah

Tujuan : Meraikan kecemerlangan pelajar-pelajar dekan dan senior akhir sem

Acara : live band, lucky draw, karaoke, dan banyak lagi...

Makanan : Nasi briyani, sate....



************************************************

MENURUT SEBUAH KITAB JAWA (Primbon)

~ Janganlah memotong kuku pada hari Sabtu, karena akan mendatangkan halangan atau rintangan bagi anda.

~ Janganlah memotong kuku pada hari Ahad, karena akan mendapat bencana,

~ Janganlah memotong kuku pada hari Isnin, karena akan ada orang yang dengki atau irihati,

~ Potonglah kuku pada hari Selasa karena akan disukai orang banyak.

~ Potonglah kuku pada hari Rabu karena akan membawa keselamatan dan perlindungan dari Tuhan.

~ Potonglah kuku pada hari Khamis dan anda akan mendapat rezeki.

~ Potonglah kuku pada hari Jumaat karena akan membuat anda disukai dan dicintai orang.

sumber: http://www.primbon.com


* Mengikut apa yang diajar semasa saya kecil (mazhab Syafie), ustazah memberitahu bahawa hari yang baik bagi memotong kuku adalah DISUNATKAN pada hari ISNIN, KHAMIS, dan JUMAAT. memotong kuku boleh menjaga kebersihan tak kira lah kebersihan semasa nak makan ataupun mencerminkan keperibadian seseorang itu...saya juga difahamkan jika membela kuku, ibarat kita membela khinzir...betul tak??syaitan suka pada benda kotor, dan jika kuku panjang, sukar untuk air wudhuk sampai sepenuhnya keseluruh jari kita...kebersihan kan lambang keimanan...tak susah pun nak potong kuku... :)


ditekankan di sini bahawa memotong kuku adalah amalan sunnah..amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhanmmad S.A.W dan sahabat-sahabat Baginda...


Berkata Saidatina Aisyah bermaksud:

Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur.
(Riwayat Muslim).


Dari Anas bin Malik bermaksud:
Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.
(Riwayat Muslim).


Menurut Imam Shafie:
Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.


Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:
Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya.
(Riwayat Ahmad).


Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud:
Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang.
(Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).


RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-


Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

Hari Ahad: Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa: Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu: Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat: Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Hari Sabtu: Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

* Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, apa yang ditekankan di sini adalah pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat untuk memotong kuku...

Selain memotong kuku mengikut hari yang disunatkan, pemotongan kuku juga ada kaedahnya tersendiri...jom lihat kaedahnya atau langkah-langkah pemotongan kuku seperti di bawah ini :



KIRI KANAN


Mulakan memotong kuku dengan Bismillah dan selawat ke atas junjungan Nabi S.A.W dan mulakan dengan jari telunjuk sebelah kanan sehingga selesai tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan AKHIR sekali ibu jari tangan kanan. (Ikut rajah di atas)

Bagi kaedah pemotongan kuku kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya dari beberapa fahaman dan mazhab yang berbeza. Selamat beramal... ;)


Personaliti memainkan peranan yang penting kepada semua orang kerana ianya membawa maksud kepada erti persahabatan, percintaan dan luahan kasih sayang kepada orang yang disayangi...bagai pepatah melayu "rambut sama hitam tapi hati lain-lain"...begitulah yang diumpamakan sebagai personaliti setiap individu...lain orang lain lah ragamnya, dan sukar untuk kita menemui orang yang sama personalitinya...jom kita lihat gaya percutian anda sukai dan itulah gaya personaliti anda...sekadar hiburan saja :)







PULAU

Keindahannya dan kedamaian pulau pasti menjadi pilihan individu yang gemarkan ketenangan.
Walaupun terpaksa memperuntukan sejumlah wang yang agak banyak yang agak banyak untuk merealisasikan percutian ini, itu tidak menjadi halangan! Apa yang pasti, kenikmatan dan ketenangan akan diperolehi kelak!

Personaliti

Bijak mengawal emosi, itulah gambaran tepat mengenai personaliti individu yang gemarkan percutian ke destinasi-destinasi sebegini. Selain itu, individu yang tergolong dalam kategori ini juga memiliki jiwa yang agak sensitif, justeru tidak hairanlah sekiranya orangnya agak sensitif perasa dan mudah tersinggung.

Percintaan

Perwatakan yang lembut dan ramah sering membuatkan individu di sekeliling mudah jatuh hati dengan individu ini. Tidak hairanlah sekiranya mereka mempunyai ramai peminat. Walau bagaimanapun individu yang memiliki ciri-ciri sebegini sememangnya bijak memilih pasangan hidup dan sentiasa berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya sudah terikat dengan cinta, kejujuran dan keikhlasan individu ini tidak perlu diragui lagi oleh pasangannya.






BANDAR-BANDAR BESAR
Lain orang lain persepsinya. Percutian di bandar-bandar besar mungkin digemari oleh segelintir individu. Ada yang berpendapat percutian di bandar-bandar besar ini mampu memberikan satu kepuasan yang agak eksklusif. Sudah tentu di bandar-bandar besar sebegini memiliki serba-serbi kemudahan yang memuaskan dan sekaligus memudahkan perjalanan percutian individu itu.


Personaliti

Individu yang gemarkan percutian
di bandar-bandar be
sar ini dikatakan memilliki sifat yakin diri sendiri dan mereka tergolong dalam kategori individu yang optimis. Kadangkala agak keras kepala dan ada kalanya sukar menerima pandangan dan pendapat orang lain. Selain itu soal kewangan juga harus dipandang serius kerana mereka terlalu mudah mengeluarkan wang untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah, pendek kata orangnya agak boros!.

Percintaan

Cinta bukanlah agenda utama dalam hidup individu
yang tergolong dalam kategori ini. Mereka tidak serius apabila membincangkan topik berkaitan cinta. Takut pada komitmen soal ini. Walau bagaimanapun, individu di sekelingnya juga perlu berhati-hati kerana mereka yang tergolong dalam kategori ini dikatakan gemar bertukar-tukar pasangan.






BANDAR / KOTA BERSEJARAH


Bandar bersejarah merupakan tempat utama men
cari ilham bagi mereka yang berjiwa patriotik. Tak hairanlah ada yang sanggup menitiskan air mata tatkala mengingatkan pengorbanan para pejuang dahulu kala mempertahankan negara tercinta. Contohnya Melaka, pasti kita akan kagum dengan pengorbana yang telah dilaburkan. Tanpa pengorbanan tersebut oleh mereka yang terdahulu pasti kita tidak dapat menikmati kehidupan seperti sekarang ini.

Personaliti

Individu yang gemar bercuti tempat bersejarah umumnya m
empunyai jiwa dan perasaan yang abstrak. Sukar di tafsirkan dan dimengertikan. Dari segi penampilan,mereka lebih gemar berpakaian ringkas dan sempoi contohnya seluar besar, baju besar, beg besar dan bersandal nipis. Mereka ini persis seniman jalanan yang gemarkan kehidupan yang sederhana.

Percintaan

Sikapnya yang agak tegas dan serius kadangkala membuatkan cinta mereka ini tidak dapat dilihat secara telus. Dan ini amat membimbangkan sekirany
a pasangan mereka tidak dapat memahami dan mengenali secara lebih dekat siapakah diri mereka yang sebenar. Lazimnya mereka ini sebenarnya gemar dimanja walaupun kadangkala mereka terlalu sukaruntuk mempamerkan kasih sayang terhadap pasangan.





TAMAN TEMA

Selalunya destinasi sebegini menjadi pilihan utama kanak-kanak.tapi tidak kurang juga, ada segelintir goilongan dewasa yang gemarkan percutian ke taman-taman tema ini. Keseronokan dan kemeriahan itulah yang dicari sehingga sanggup menghabiskan masa seharian dengan bermain-main sambil berjalan-jalan di destinasi taman tema pilihan mereka.

Personaliti

Selalunya individu yang tergolong dalam kategori ini memiliki ramai teman. Mereka gemar menghabiskan masa diluar bersama teman-teman. Sikap mudah bergaul menjadikan mereka individu yang sangat disenangi. Sikap agak keanak-anakan juga menjadi faktor mengapa ramai yang gemar mendampingi individu yang tergolong dalam kategori ini.

Percintaan

Melihat sikapnya yang agak keanak-anakan, ada kalanya membuatkan pasangannya agak bosan. Mereka sukar untuk bersikap serius sekiranya dikehendaki membincangkan sesuatu perkara. Walau bagaimanapun pasangannya harus bersyukur kerana individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan seorang yang tabah dan rela berkorban, khususnya untuk kebahagian pasangannya itu.





GUNUNG-GANANG


Mendaki gunung, berekspedisi dan menhabiskan masa di kawasa hutan merupakan saat paling indah bagi mereka yang berminat denga aktiviti lasak. Malah, peluang dapat bersama teman-teman menhabiskan cuti hujung minggu di kawasan pergunungan merupakan pengalaman paling manis bagi mereka. Satu kepuasan yang tinggi nilainya sekiranya impian untuk menawan puncak gunung yang menjadi target utama berjaya. Tak kisahlah sekiranya terpaksa mengeluarkan wang yang banyak semata-mata ingin menyertai sesebuah ekspedisi, asalkan hati puas dan gembira.

Personaliti


Selalunya, individu seperti ini tidak gemar menghabiskan masa di kompleks membeli belah atau bersembang di cafe mewah bersama teman-teman. Pada pendapat mereka, sikap begini hanya mendatangkan kerugian dan tidak memberi apa-apa makna dalam hidup mereka. Individu yang gemarkan aktiviti lasak seperti ini merupakan seorang yang berfikiran terbuka. Lasak dan berdikari. Tak hairanlah jika mereka ini bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Pastinya mereka ini bukan seorang individu yang membosankan.

Percintaan


Individu jenis ini sukakan pasangan yang mampu hidup berdikari tanpa bergantung kepada sesiapa. Malah, kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan melakukan aktiviti lasak bersama teman-teman yang mempunyai minat yang sama dengan mereka. Selalunya mereka jenis ini bukanlah seorang yang taksub dengan cinta atau terlalu manja. Mereka gemarkan percintaan yang berlandaskan prinsip ‘ada kalanya kita bagai pasangan kekasih, dan ada kalanya kita sebagai kawan biasa’. Bagi mereka yang tidak memahami prinsip seperti ini, pasti hati mudah terhiris dan terluka.
Tidak hairanlah jika individu seperti ini lebih senang menjalinkan cinta dengan kawan-kawan yang sudah mereka kenali



malam tadi, saya dan rakan makan di kedai berhampiran rumah saya...jalan kaki dalam seminit lebih da sampai...kawan saya ni agak bising mulutnya, kejenya asik buli orang dan asik ketawa je kejenya...

nak dijadikan cerita, sewaktu perjalanan balik ke rumah ni, kami lalu di laluan belakang rumah...kawan saya tanya la, "awak kate ada anjing, mane anjing tu?"....tetiba, anjing pun lalu...anjing wane hitam tu pandang je kami...mulut masin betul kawan saya ni...dia menjerit dan terkejut kawan saya tu...nasib baik kawan saya tak lari...kalau lari habis la kene kejar anjing...hehe...

untuk menyelamatkan diri,kami statik je berdiri kat situ...tunggu sampai anjing beredar baru lah kami jalan...kami pilih jalan lain...agak jauh sikit la...terpaksa la tawaf satu taman...hehe...jalan pun penuh berhati-hati pandang kiri kanan depan belakang, risau kalau-kalau ada anjing...

P/S : kepada semua kawan di luar sana, jangan la cakap bukan-bukan lagi...jangan cakap besar dengan apa yang belum dan akan berlaku...








Alhamdulillah, tahun ini kita sempat lagi bertemu dengan 12 Rabiul awal, satu peristiwa besar dalam sejarah atau sirah nabi iaitu sempena Kelahiran Baginda sallallahu alaihi wasallam pada 26 February baru-baru ni...
Umum masyarakat Islam tahu bahawa Junjungan Besar Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam telah dilahirka
n pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571 Masihi.



DUNIA SEBELUM KEDATANGAN ISLAM


Ahli sejarah dan para ulama' yang mengarang buku2 sirah nabi pasti memulakan kisah kelahiran nabi junjungan dengan menceritakan keadaan latar belakang sejarah dunia ketika itu.


-PETA PARSI-


Dunia ketika itu terbahagi kepada dua kuasa besar iaitu Rom dan Parsi. Rom mewakili dunia penganut agama Nasrani dan Parsi mewakili penganut Majusi()penyembah Api). Dalam buku Sejarah Islam hasil tulisan Professor Hamka, digambarkan bahawa masyarakat dunia ketika berada dalam kemusnahan akhlak yang dahsyat tak kira sama ada di Barat mahu pun Timur. Kaum wanita dianggap masyarakat kelas dua. mereka dilayan sebagai alat pemuas nafsu seks semata-mata. Mereka diperdagangkan. Perjudian dan arak adalah perkara biasa dan bukan dianggap suatu keaiban. Kalau di China umpamanya, anak perempuan dan isteri boleh dijadikan bayaran hutang judi. Manakala di India, wanita yang berkahwin hendaklah membakar diri sekiranya suaminya meninggal.

Lebih teruk di Semenanjung Tanah Arab, melahirkan anak perempuan merupakan suatu kehinaan di sisi masyarakat dan mereka saanggup membunuh anak perempuan bagi menjaga maruah di sisi kaum mereka. Peperangan dan pembunuhan adalah perkara biasa. Bangsa Arab kucar kacir,tidak mempunyai pemimpinberpusat bagi negara kerana mereka lebih bangga dengan suku kaum masing-masing. Pertelingkahan yang memakan masa berkurun lamanya adalah perkara biasa juga walaupun berlaku perselisihan faham yang kecil sahaja seperti binatang ternakan mati.

Ringkasnya, dunia sebelum kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, berada dalam kegelapan moral dan tauhid walaupun tertegaknya dua Tamadun manusia yang besar iaitu Rom dan Parsi.



KELAHIRAN MUHAMMAD BIN ABDULLAH


Allah berfirman yg maksudnya:

"Dan tidaklah Aku utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam."

Diceritakan bahawa tahun kelahiran nabi itu dikenali dengan Tahun Gajah bersempena tewasnya Tentera bergajah Raja Abrahah yang beragama Kristian mengerah tenteranya ke Mekah untuk meruntuhkan Kaabah bagi mempengaruhi masyarakat dunia bertumpu kepada Gereja yang dibinanya di Syam, Ibu kota Yaman.
Kisah ini disebut dalam Al Qur'an dalam surah al fil yang bermaksud;

"Tidakkah kamu melihat bagaimana Tuhan kamu memperlakukan terhadap Tentera Bergajah?

sehinggalah akhir ayat di mana bala tentera itu dimusnahkan oleh sekumpulan burung Ababil yang melontarkan batu sijjil(keras yang dibakar. ALLAH berfirman lagi;
"Dan Dia(ALLAH) mengutuskan keatas mereka burung ababil yang melontarkan mereka dengan batu drp tanah yang dibakar(sijjil). Maka jadilah mereka seperti daun2 yang dimakan (ulat)."

Bapa nabi Abdullah bin Abdul Muttalib, seorang pedagang dari Syam yang meninggal dunia ketika Nabi masih enam bulan dalam kandungan.

Diceritakan bahawa ketika baginda dilahirkan, Nabi tidak menangis sebagaimana bayi-bayi normal. Apabila nabi berpaling ke arah Parsi,api sembahan kaum majusi di Parsi(Iran) terpadam dengan tiba-tiba. Dan apabila nabi berpaling ke arah ibukota Rom, istananya bergegar. Nujum Di Raja Kerajaan Rom mengkhabarkan kepada Rajanya bahawa seorang pemimpin dunia telah dilahirkan. Raja Rom memerintahkan agar dicari dan dibunuh bayi itu.

Di Tanah Arab pula, Abu Lahab amat gembira apabila hambanya Suwaibah membawa berita kelahiran anak saudaranya lalu dibebasnya Suwaibah. Abu Lahab menyambut kelahiran nabi dengan membuat kenduri besar-besaran di Mekah. Diceritakan juga bahawa Siti Aminah ketika melahirkan anaknya itu, tidakpun merasa sakit.

Perkara2 pelik yang berlaku merupakan mukjizat kenabian yang ALLAH tunjukkan bagi tujuan supaya masyarakat Arab dan dunia memberi perhatian dan kenal dengan nabi. Ia juga sebagai suatu hikmah di mana ia dapat menjawab segala tohmahan para orientalis yang ingin merosakkan nama baik dan peribadi nabi, yang sebenarnya dipelihara oleh ALLAH semenjak lahir lagi.





Lagu yang bertajuk BECAUSE YOU LOVE ME nyanyian Celine Dion...lagu ni sesuai dijadikan pada majlis kahwin, dan untuk meluahkan perasaan kepada kekasih...


ia juga sebagai tanda terima kasih kepada kekasihnya kerana setiap masa, kepercayaan, keseronokan, susah senang dikongsi bersama...bagi dia, kekasihnya adalah kekuatan untuk dia apabila dia patah semangat...



"Because You Loved Me"

For all those times you stood by me
For all the truth that you made me see
For all the joy you brought to my life
For all the wrong that you made right
For every dream you made come true
For all the love I found in you
I'll be forever thankful baby
You're the one who held me up
Never let me fall
You're the one who saw me through through it all

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me

You gave me wings and made me fly
You touched my hand I could touch the sky
I lost my faith, you gave it back to me
You said no star was out of reach
You stood by me and I stood tall
I had your love I had it all
I'm grateful for each day you gave me
Maybe I don't know that much
But I know this much is true
I was blessed because I was loved by you

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me

You were always there for me
The tender wind that carried me
A light in the dark shining your love into my life
You've been my inspiration
Through the lies you were the truth
My world is a better place because of you

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me

I'm everything I am
Because you loved me


 

****KEHIDUPAN**** Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal