dinner marketeer malam tadi agak seronok jugak...exco-exco yang terlibat pun memberikan perkhidmatan yang bagus dan memuaskan...pensyarah yang hadir pada malam itu adalah ketua program marketing Puan Wan Haslin, penasihat En Nizamuddin, cik Mazida, Puan Noreen Nor, Mr Muruga, dan pensyarah lain...terima kasih

kenyang dapat makan nasi briyani dan sate malam tadi...alhamdulillah...tapi kesian pada exco sebab kena makan selepas majlis tamat...

semalam live band dari pelajar part 4 n 5 juga dapat menghiburkan hati tetamu yang datang... penyampaian sijil juga diadakan kepada pelajar yang mendapat anugerah dekan dan sambutan pelajar-pelajar senior part 5...sebiji kek telah menjadi bukti kepada mereka atas tanda meraikan senior yang bakal membuat praktikal pertengahan tahun ini...

pelbagai acara juga diadakan seperti game "menyanyi sengau", "mencari yang ganjil", cabutan bertuah, dan banyak lagi...dewan bertambah meriah apabila para pelajar asik mengambil gambar...ada juga yang menjerit dan melatah apabila terkejut dengan belon yang meletop...hahaa...

acara tamat pada jam 11.30 malam...


0 comments:

 

****KEHIDUPAN**** Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal