MENURUT SEBUAH KITAB JAWA (Primbon)

~ Janganlah memotong kuku pada hari Sabtu, karena akan mendatangkan halangan atau rintangan bagi anda.

~ Janganlah memotong kuku pada hari Ahad, karena akan mendapat bencana,

~ Janganlah memotong kuku pada hari Isnin, karena akan ada orang yang dengki atau irihati,

~ Potonglah kuku pada hari Selasa karena akan disukai orang banyak.

~ Potonglah kuku pada hari Rabu karena akan membawa keselamatan dan perlindungan dari Tuhan.

~ Potonglah kuku pada hari Khamis dan anda akan mendapat rezeki.

~ Potonglah kuku pada hari Jumaat karena akan membuat anda disukai dan dicintai orang.

sumber: http://www.primbon.com


* Mengikut apa yang diajar semasa saya kecil (mazhab Syafie), ustazah memberitahu bahawa hari yang baik bagi memotong kuku adalah DISUNATKAN pada hari ISNIN, KHAMIS, dan JUMAAT. memotong kuku boleh menjaga kebersihan tak kira lah kebersihan semasa nak makan ataupun mencerminkan keperibadian seseorang itu...saya juga difahamkan jika membela kuku, ibarat kita membela khinzir...betul tak??syaitan suka pada benda kotor, dan jika kuku panjang, sukar untuk air wudhuk sampai sepenuhnya keseluruh jari kita...kebersihan kan lambang keimanan...tak susah pun nak potong kuku... :)


ditekankan di sini bahawa memotong kuku adalah amalan sunnah..amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhanmmad S.A.W dan sahabat-sahabat Baginda...


Berkata Saidatina Aisyah bermaksud:

Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur.
(Riwayat Muslim).


Dari Anas bin Malik bermaksud:
Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.
(Riwayat Muslim).


Menurut Imam Shafie:
Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.


Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:
Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya.
(Riwayat Ahmad).


Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud:
Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang.
(Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).


RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-


Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

Hari Ahad: Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa: Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu: Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat: Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Hari Sabtu: Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

* Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, apa yang ditekankan di sini adalah pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat untuk memotong kuku...

Selain memotong kuku mengikut hari yang disunatkan, pemotongan kuku juga ada kaedahnya tersendiri...jom lihat kaedahnya atau langkah-langkah pemotongan kuku seperti di bawah ini :



KIRI KANAN


Mulakan memotong kuku dengan Bismillah dan selawat ke atas junjungan Nabi S.A.W dan mulakan dengan jari telunjuk sebelah kanan sehingga selesai tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan AKHIR sekali ibu jari tangan kanan. (Ikut rajah di atas)

Bagi kaedah pemotongan kuku kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya dari beberapa fahaman dan mazhab yang berbeza. Selamat beramal... ;)


1 comments:

AnYs$ LuFia$ said...

kuku yang sihat mencerminkan peribadi yang menawan

 

****KEHIDUPAN**** Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal