Alhamdulillah, tahun ini kita sempat lagi bertemu dengan 12 Rabiul awal, satu peristiwa besar dalam sejarah atau sirah nabi iaitu sempena Kelahiran Baginda sallallahu alaihi wasallam pada 26 February baru-baru ni...
Umum masyarakat Islam tahu bahawa Junjungan Besar Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam telah dilahirka
n pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571 Masihi.



DUNIA SEBELUM KEDATANGAN ISLAM


Ahli sejarah dan para ulama' yang mengarang buku2 sirah nabi pasti memulakan kisah kelahiran nabi junjungan dengan menceritakan keadaan latar belakang sejarah dunia ketika itu.


-PETA PARSI-


Dunia ketika itu terbahagi kepada dua kuasa besar iaitu Rom dan Parsi. Rom mewakili dunia penganut agama Nasrani dan Parsi mewakili penganut Majusi()penyembah Api). Dalam buku Sejarah Islam hasil tulisan Professor Hamka, digambarkan bahawa masyarakat dunia ketika berada dalam kemusnahan akhlak yang dahsyat tak kira sama ada di Barat mahu pun Timur. Kaum wanita dianggap masyarakat kelas dua. mereka dilayan sebagai alat pemuas nafsu seks semata-mata. Mereka diperdagangkan. Perjudian dan arak adalah perkara biasa dan bukan dianggap suatu keaiban. Kalau di China umpamanya, anak perempuan dan isteri boleh dijadikan bayaran hutang judi. Manakala di India, wanita yang berkahwin hendaklah membakar diri sekiranya suaminya meninggal.

Lebih teruk di Semenanjung Tanah Arab, melahirkan anak perempuan merupakan suatu kehinaan di sisi masyarakat dan mereka saanggup membunuh anak perempuan bagi menjaga maruah di sisi kaum mereka. Peperangan dan pembunuhan adalah perkara biasa. Bangsa Arab kucar kacir,tidak mempunyai pemimpinberpusat bagi negara kerana mereka lebih bangga dengan suku kaum masing-masing. Pertelingkahan yang memakan masa berkurun lamanya adalah perkara biasa juga walaupun berlaku perselisihan faham yang kecil sahaja seperti binatang ternakan mati.

Ringkasnya, dunia sebelum kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, berada dalam kegelapan moral dan tauhid walaupun tertegaknya dua Tamadun manusia yang besar iaitu Rom dan Parsi.



KELAHIRAN MUHAMMAD BIN ABDULLAH


Allah berfirman yg maksudnya:

"Dan tidaklah Aku utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam."

Diceritakan bahawa tahun kelahiran nabi itu dikenali dengan Tahun Gajah bersempena tewasnya Tentera bergajah Raja Abrahah yang beragama Kristian mengerah tenteranya ke Mekah untuk meruntuhkan Kaabah bagi mempengaruhi masyarakat dunia bertumpu kepada Gereja yang dibinanya di Syam, Ibu kota Yaman.
Kisah ini disebut dalam Al Qur'an dalam surah al fil yang bermaksud;

"Tidakkah kamu melihat bagaimana Tuhan kamu memperlakukan terhadap Tentera Bergajah?

sehinggalah akhir ayat di mana bala tentera itu dimusnahkan oleh sekumpulan burung Ababil yang melontarkan batu sijjil(keras yang dibakar. ALLAH berfirman lagi;
"Dan Dia(ALLAH) mengutuskan keatas mereka burung ababil yang melontarkan mereka dengan batu drp tanah yang dibakar(sijjil). Maka jadilah mereka seperti daun2 yang dimakan (ulat)."

Bapa nabi Abdullah bin Abdul Muttalib, seorang pedagang dari Syam yang meninggal dunia ketika Nabi masih enam bulan dalam kandungan.

Diceritakan bahawa ketika baginda dilahirkan, Nabi tidak menangis sebagaimana bayi-bayi normal. Apabila nabi berpaling ke arah Parsi,api sembahan kaum majusi di Parsi(Iran) terpadam dengan tiba-tiba. Dan apabila nabi berpaling ke arah ibukota Rom, istananya bergegar. Nujum Di Raja Kerajaan Rom mengkhabarkan kepada Rajanya bahawa seorang pemimpin dunia telah dilahirkan. Raja Rom memerintahkan agar dicari dan dibunuh bayi itu.

Di Tanah Arab pula, Abu Lahab amat gembira apabila hambanya Suwaibah membawa berita kelahiran anak saudaranya lalu dibebasnya Suwaibah. Abu Lahab menyambut kelahiran nabi dengan membuat kenduri besar-besaran di Mekah. Diceritakan juga bahawa Siti Aminah ketika melahirkan anaknya itu, tidakpun merasa sakit.

Perkara2 pelik yang berlaku merupakan mukjizat kenabian yang ALLAH tunjukkan bagi tujuan supaya masyarakat Arab dan dunia memberi perhatian dan kenal dengan nabi. Ia juga sebagai suatu hikmah di mana ia dapat menjawab segala tohmahan para orientalis yang ingin merosakkan nama baik dan peribadi nabi, yang sebenarnya dipelihara oleh ALLAH semenjak lahir lagi.

0 comments:

 

****KEHIDUPAN**** Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal