Untuk melepaskan diri dari seksaan kubur atau meringankan seksaannya, seseorang Mu'min perlulah melakukan beberapa perkara bagaimana yang pernah ditunjukkan oleh Rasullullah s.a.w dalam Hadith dan Sunnah :




1. Memelihara Solat 5 Waktu

Berdasarkan Hadith oleh Ibu Hajar Al-Haitami dlm kitabnya
"Az-Zawaajir" bahawa orang yg memelihara Solat Lima Waktu itu akan dihindarkan dari seksaan Kubur; sebaliknya
orang yang mengabaikannya maka diwaktu dia mati, mayatnya dihimpitkan Kubur sehingga berselisih tulang rusuknya.

2. Selalu Membaca Surah Al-Ikhlas terutamanya dalam kesakitan yang membawa kematian

Al-Imam At-Tabaraani mengemukakan Hadith menerusi 'Abdulah
b.Asy-Syakhiir bahawa Rasullullah s.a.w bersabda:

"Siapa membaca Qul huwallaahuahad dalam kesakitan yang membawa matinya, tiadalah ia menderitai himpitan Kubur; dan dihari Kiamat kelak, ia dibawa oleh Malaikat dengan

telapak tangannya hingga terlepas dari Titian Siratul Muntaha dan sampai ke Syurga." (bagi mereka yg beriman).

** Akan tetapi mengikut Hadith yg sama dikemukakan oleh Abu Nu'aim
adalah didapati sanadnya Maudhuu.

3. Sentiasa membaca Surah Al-Mulk pada setiap malam sekurang-kurangnya malam Jumaat.

Rasullulah s.a.w menamakan Surah ini dengan "Al-Maani'ah" (Pencegah, penahan dari seksaan) di mana beliau bersabda;

"Dialah surah Pencegah yang mencegah pembacanya dari seksaan Kubur" Riwayat An-Nasaa'i. Hadis Riwayat At-Turmudzi menerusi Ibnu 'Abbaas adalah bertaraf Hasan.


"Siapa yang pada setiap malam membaca Surah Al-Mulk.., adalah dia akan dicegahkan oleh Allah 'Azza Wa Jalla dari seksaan Kubur"
Hadis Riwayat An-Nasaa'i menerusi Ibnu Mas'uud.

Abu Hurairah dan Jaabir b.Abdullah pernah menerangkan bahawa Rasullullah s.a.w tidaklah beliau tidur malam sehingga beliau membaca Surah alif Laam Miin Al Kitaab (Surah As-Sajdah) dan Taba
arak (Surah Al-Mulk).



4. Mati Syahid

Hadith yang diriwayatkan oleh At-Turmudzi dan Ibnu Maajah bahawa antara kelebihan mati syahid kerana menegakkan kalimah Allah ialah seseorang itu akan dijauhkan daripada seksaan kubur.

Salmaa Al-Faarisi menyebutkan bahawa dia mendengar Nabi s.a.w
bersabda :

"Mengawal negeri sehari dalam peperangan Sabilillah itu adalah lebih utama". Baginda bersabda: Lebih baik dari berpuasa (sunat) sebulan dan beribadat (pada malamnya); dan siapa mati di dalam mengawal (termasuk orang yang mati sedang hatinya masih terikat dengan perjuangan menegakkan kalimah Allah)nescaya terpeliharalah dia daripada fitnah kubur; sedangkan amalannya subur (terus bertambah; dipahalai sebagai hari-hari hidupnya) sampai hari Kiamat."


Riwayat At-Turmudzi; Hasan

5. Mati di malam atau siang hari Jumaat

Rasullulah s.a.w bersabda :
"Tiadalah seseorang Islam yang meninggal dunia di hari atau malam Jumaat, melainkan Allah memeliharanya dari fitnah kubur" Riwayat
At-Turmudzi: Marfuu'

6. Mati sebab sakit dalam perut

Abu Daud mengeluarkan Hadis secara Marfuu':
"Siapa mati disebabkan penyakit dalam perutnya tidaklah dia diseksakan dalam kuburnya" - Juga Riwayat Ibu Maajah Al Baihaqi dan At-Turmudzi di mana dia menganggap ia Hasan.

7. Tidak ditangisi mayat diwaktu kematian seperti perlakuan Jahiliah

Umar Al-Khattab menyebutkan bahwa Rasullullah saw bersabda:
"Seseorang yang mati itu akan diseksakan dalam kuburnya disebabkan dia ditangisi (sewaktu kematiannya sebab itu wasiatlah pada waktu hampir kematian agar tiada keluarga yang menangisi dengan cara menampar-nampar pipi dan mengoyak-ngoyakkan baju sebagai menunjukkan sikap simpati dan terharu dengan kematian; akan tetapi tidaklah mengapa dengan menangis sahaja" Riwayat Al-Bukhari dan
Muslim

8. Selalu diri sendiri memberi sedekah atau derma kebajikan:

Uqbah B.Aamir menyebutkan bahawa Rasullulah saw bersabda :
"Sungguhnya sedekah itu akan mengurangkan kepanasan (seksaan) Kubur daripada yang selalu memberi sedekah; dan hanya sesungguhnya seseorang Mu'min itu akan dapat bernaung dibawah naungan sedekahnya di hari Kiamat" Riwayat At-Tabaraani


9. Menyempurnakan basuhan wudhuk dan menolongi orang sedang dianiayai:

Menurut Ibnu Mas'uud bahawa Rasullullah saw pernah memberitakan : "Ada seorang hamba Allah yang diperintah supaya dipukul 100kali dalam kuburnya. Akan tetapi oleh sebab orang itu selalu berdoa supaya dilindungi daripada seksaan Kubur semasa hidupnya maka dia dipukul
hanya sekali pukulan. Akan tetapi dengan sekali pukulan itu menyebabkan kuburnya dipenuhi api.Sesudah api hilang(padam) dan dia sembuh dari pukulan itu maka orang itu bertanya pada Malaikat: Sebab apakah saya dipukul (tadi?). Malaikat menjawab : "(Ialah disebabkan) engkau bersembahyang tanpa wudhuk (dengan wudhuk yang tidak dilakukan dengan sempurna basuhannya) dan engkau pernah melalui orang yang sedang dianayai tetapi engkau tidak memberikan pertolongan" Riwayat At-Tahaawi

10. Selalu memohon pada Allah S.W.T agar dilindungi daripada seksaan Kubur

Menurut Hadith yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, Abu Daud, An-Nasaa'i, Ahmad b.Hanbal,Abu Awanah dan Ibnu Al-Jaaruud bahawa Rasullullah saw membacakan doa memohon daripada Allah agar dilindungiNya dari empat perkara, yang mana dibacakan lepas Tasyahhud Akhirnya sebagai satu sunnah bgainda saw (yang perlu
diikuti segera) iaitu dibacakan sebelum doa terakhir sebelum salam, doanya berbunyi :
"Wahai Allah, sungguhnya saya memohon perlindungan Engkau daripada seksaan Neraka Jahanam, daripada seksaan Kubur, daripada fitnah (perdayaan) hidup dan mati dan
daripada/fitnah (gunakan salah satu kata ini) Al-Masiih Ad-Dajaal"





11. Seseorang hamba Allah itu hendaklah selalu membaca dan mengkhatami Al-Quran serta berdoa diwaktu khatamnya dengan salah satu doa yang pernah diajarkan Rasullullah
S.A.W yang berbunyi:

"Perjinakkan keliaranku dari ketakutan dalam kuburku"
Riwayat Abi Umaamah


..........Marilah bersama-sama hayati dan lakuikan amar makruf dan nahi mungkar..........

0 comments:

 

****KEHIDUPAN**** Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal