Sempena Hari Kekasih bulan lepas, ada peristiwa manis dan pahit yang telah berlaku. ada yang dapat hadiah dari kekasih, bergaduh, putus cinta, isu kecurangan, macam-macam kes yang timbul. Perkara-perkara inilah yang menyebabkan ada segelintir kekasih yang kurang kasih sayang daripada kekasihnya sendiri.

Di sini, saya telah membuat pilihan untuk memilih lagu BUTAKAH CINTA nyanyian kumpulan Spring. Lagu ini mengisahkan tetang seorang lelaki yang dipermainkan kekasihnya sendiri setelah sekian lama dia menantikan kasih sayang dan belas dari kekasihnya..Telah banyak lelaki itu korbankan demi cinta dan kasih sayang dia pada perempuan tu..

Kekasih dia permainkan perasaan dia, bila lelaki tu perlukan dia,perempuan tu hilang pergi entah ke mana...tapi bila perempuan tu datang je kat lelaki sebenarnya lelaki tu tengah mengalami perasaan kecewa dan hampa...walau apa pun yang kekasih dia buat, dia tetap juga terima perempuan tu dan merindunya...sayang punya pasal la kannn.... :)

kesian jugak kat lelaki tu sebab percintaan bertepuk sebelah tangan...laki tu teringin nak meluangkan masa bersama kekasih, merasai kasih sayang curahan kekasih, tapi si kekasih ni buat macam tak layan je...haih...macam-macam kerenah manusia ni...penantian lelaki ni hanya sia-sia je...kurang kasih sayang dari kekasih sendiri...sadis-sadis :(

kepada semua, hargailah orang yang menyayangi dan mengasihi anda selagi mereka masih hidup. Walaupun tak suka, kene jugak bagi suka dan terima seadanya...kerana setiap perbuatan pasti ada balasan yang setimpal...


Spring

Butakah Cinta

Berapa lamakah lagi
Terpaksa aku menanti
Sehingga pedihnya penyiksaan di hati

Bukan hanya kepentingan
Malahan keegoan telah ku korbankan
Berlimpahan kasih sayang... aku curahkan
Buat mu seorang...

Kiranya semua itu
Tak bermadai bagi mu
Apa sebenarnya yang kau mahu
Ku tak tahu...

Kau hilang bila ku tiba
Kau datang bila ku kecewa...
Terasa diri...di persenda...
Dimana berakhirnya nanti
Permainan sandiwara mu ini...
Sesungguhnya aku... tak mengerti...

Jika benar cinta itu buta...
Butakah mata ku...
Berkali terluka masih jua... ku merindu...
Apa yang ku inginkan...
Cuma kejujuran dalam perhubungan...

Jika itu tiada...
Apalah ertinya...
Penantian ini hanya sia-sia...( 2X )


setstats

0 comments:

 

****KEHIDUPAN**** Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal